• No Tel: 019 6971140 / 088 - 915867
  • No Faks:
  • Emel: mjaskb@gmail.com

11 Zulkaedah 1445

Profail Masjid

MAKLUMAT MASJID

* Nama Masjid : MASJID JAMEK ASSALAM KG BENONI,PAPAR.

* Tarikh / Tahun Didirikan :
- 1901 (Bangunan Lama)
- 1993 (Bangunan Baru hingga Sekarang)

* Pengasas Masjid : AMPUAN ISMAIL AMPUAN MATTAMIN.

* Sejarah Masjid :
Dibina hasil dari sumbangan penduduk dengan kutipan pertama berjumlah RM300.00 di atas tanah wakaf seluas 1.6 ekar kemudian
ditambah baik dari masa ke semasa mengikut pertambahan penduduk dan bajet yang diberi oleh jabatan atau kerjaaan.

* Daerah : PAPAR.

* Parlimen : P 175 PAPAR.

* DUN : N 22 PANTAI MANIS.

* Lokasi Masjid : KG BENONI, PAPAR.

* Keluasan Masjid : 0.6 Ekar.

* Senibina Masjid (Tradisional / Moden) : Separa Moden

* Kemudahan Masjid :

- Dewan Solat Utama IMAM PENGIRAN OMAR.
- Dewan Kuliah IMAM APMUAN ISMAIL AMPUAN MATTAMIN.
- Dewan Serbaguna IMAM AMPUAN ABAS.
- Bilik Tetamu & Ruang Rehat VIP.

Sedikit Sejarah mengenai Kg Benoni

Kampung Benoni ialah sebuah kampung yang terletak 7 Km ke ASelatan Pekan Papar. Kampung ini dibuka pada tahun 1720 di muara sungai Benoni (Bukit pungit hingga ke rumah lama batu 30).Sebelum nama kampung Benoni, Nama asal Benoni dalam bahasa dusun ialah Menonih yang bermaksud Tanjung Sungai.Satu lagi teori mengatakan terdapat pokok besar bernama Bunut, Iaitu sejenis pokok Bilunu/Binjai. Ia dibuka oleh Hj Pg. Abu Bakar.

Pertambahan penduduk Kamoung Benoni telah bertambah dari semasa ke semasa.Kawasan petempatan atau perumahan tidak lagi mencukupi.Alhirnya pada akhir tahun 70 an ketika itu negeri Sabah ditadbir oleh kerjaan Parti Berjay, Satu usaha telah dibuat oleh Ketua Kampung dan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan Kampung.Mereka telah memberi kebenaran dan mengalakan kepada penduduk yang ingin membina rumah di atas tanah Grazing Reserve Kampung Seberang.

Maklumat Qariah

Jarak dari Pekan Papar = 7 KM

Kelusan kediaman : Hampir 150 Ekar

Bentuk mukabumi :
Tanah Paya : 55%
Tanah Pasir : 45%